IQNA

Semarakkan Aktiviti Qurani

Bangsa Muslim Membangkitkan Al-Quran dari generasi ke generasi+ logo & video

8:11 - October 17, 2021
Berita ID: 3100289
TEHRAN (IQNA) - Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang telah menganjurkan pertandingan membaca Al-Quran iaitu pada tahun 1960. Dikenali sebagai Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ), penganjurannya bermula di peringkat Kebangsaan dan disusuli peringkat Antarabangsa tahun 1961.

Menurut IQNA; Membaca ayat-ayat suci al-Quran adalah aktiviti kehidupan yang penting, bukan hanya untuk menghayati bacaan yang indah atau kemahiran Qiraah, bahkan menjadi asas ibadah dengan makrifah sama ada ibadah individu, keluarga atau ibadah bersama masyarakat umum bahkan menjadi dasar pentadbiran sesebuah kerajaan dan negara. Malaysia adalah salah satu negara yang majoriti Muslim.

Setelah 1456 tahun, ayat pertama Al-Quran diturunkan oleh Allah swt kepada Baginda Muhammad (SAW), yang terkenal dengan ayat Iqra' yang bermaksud perintah membaca! Sebagai cadangan untuk memulakan pembelajaran tentang kehidupan berdasarkan Agama Allah, iaitu Islam, sejak itu aktiviti budaya 'membaca' menjadi asas untuk memperoleh dan mengumpulkan maklumat dan pemahaman, iman dan amal, tentu makna membaca bukan hanya membaca ayat-ayat yang ditulis seperti yang terdapat dalam mushaf al-Quran tetapi juga ayat-ayat yang terbentang di alam semesta dan pada diri manusia, sebagai makhluk yang mempunyai akal dan pelbagai rasa dan perasaan.

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai pendekatan Islam dalam pentadbiran, seperti;
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran,
Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1985 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai kesinambungan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan sebelumnya. Dasar ini diperkenalkan bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain; menubuhkan sebuah 'negara bahagia'; menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan; dan menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Islam Hadhari
Pendekatan Islam Hadhari telah diperkenalkan pada 2004 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai kesinambungan pendekatan yang dibawa oleh Tun Mahathir dalam menerapkan agenda Islam dalam Kerajaan. Pendekatan ini bertujuan untuk melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

Konsep & Dasar Wasatiyyah
Konsep Wasatiyyah telah diperkenalkan pada 2010 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai pendokong kepada Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau. Ia bertujuan bagi membentuk ummah yang berpaksikan kekuatan iman tanpa mengabaikan prinsip toleransi dan keadilan sosial rakyat berbilang bangsa serta agama di Malaysia bagi memastikan sokongan padu rakyat terhadap agenda transformasi sosioekonomi yang sedang dilaksanakan terus mendapat dokongan masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti.

Negara Rahmah & Islam Rahmatan Lil Alamin
Konsep Negara Rahmah dan Pendekatan Islam Rahmatan Lil 'Alamin diperkenalkan pada 2019 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal agama, Dr Mujahid Yusof. Negara Rahmah diperkenalkan dengan memperjuangkan enam nilai iaitu ramah, aman damai, hormat menghormati, mesra, alami, dan harmoni kepada masyarakat. Konsep Rahmah akan diterapkan dalam pelbagai bidang ilmu antaranya berkaitan tadbir urus, sosioekonomi, pengurusan masjid, kemasyarakatan, pengurusan orang kurang upaya (OKU) dan alam sekitar-(sunting dari: wikipedia .org).

Bangsa Muslim Membangkitkan Al-Quran dari generasi ke generasi+ logo & video

Namun terlebih dari semua itu, bagi rakyat Malaysia ada keistimewaan khas, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang telah menganjurkan pertandingan membaca Al-Quran iaitu pada tahun 1960. Dikenali sebagai Majlis Tilawah Al-Quran ataupun MTQ, penganjurannya bermula di peringkat Kebangsaan dan disusuli dengan peringkat Antarabangsa pada tahun 1961, majlis ini telah melahirkan qari dan qariah terkemuka di peringkat nasional dan internasional. Banyak negara-negara Islam lain di dunia kemudiannya telah mencontohi Malaysia dalam menganjurkan majlis perujian tilawah yang serupa dengan Malaysia antaranya Iran, Indonesia, Mesir, Kuwait dan lain-lain lagi. Majlis seumpama ini dilihat telah menyemarakkan lagi kecintaan umat Islam terhadap Kalamullah-(Suntingan dari: researchgate.net).

Bangsa Muslim Membangkitkan Al-Quran dari generasi ke generasi+ logo & video

Aktiviti membaca al-Quran dihargai oleh umat Islam dengan pelbagai seni dan kemahiran di negara ini, dari pelbagai peringkat usia, seperti yang dapat kita lihat dalam tayangan video-video yang beredar di media sosial yang telah kami kumpulkan sebagai sebahagian untuk memeriahkan dan mengagumi kemampuan para Qori di Malaysia seperti pertunjukan bersama dengan bacaan Qari muda dan remaja bahkan Qari yang mempunyai kebolehan khas telah mengambil bahagian penting dalam menyampaikan kemahiran qiraah mereka, dapat dilihat dalam rakaman video beberapa tahun kebelakangan ini, di bawah.

 

captcha